Page 5 - e-Buletin Oktober 2018
P. 5
Persidangan AIDS Kebangsaan Kali Ke-4
Y B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan (YBTMK) telah
Persidangan
AIDS
merasmikan
Kebangsaan Kali Ke-4 pada 1 Oktober
2018 di Swiss Garden Hotel & Residences
Kuala Lumpur. Turut hadir bersama ialah YBrs.
Dr. Zainuddin Abdul Wahab, Pengarah Jabatan
Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
& Putrajaya, YBrs. Encik Bahtiar Talhah,
Presiden Majlis AIDS Malaysia dan YBrs. Dr.
Suresh Kumar, Presiden Persatuan Perubatan
HIV Malaysia. Persidangan AIDS Kebangsaan
ke-4 merupakan anjuran bersama Persatuan
Perubatan HIV Malaysia (MASHM), Majlis
AIDS Malaysia dengan sokongan Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Centre of Excellence
for Research in AIDS (CERIA). Dalam pada
itu, tema persidangan “HIV response, together
we are stronger” amat bertepatan dengan
komitmen kerajaan untuk mensasarkan
penurunan jangkitan HIV serta kematian akibat
HIV dan AIDS di samping mengikis stigma dan
diskriminasi terhadap orang yang dijangkiti
HIV dan mengakhiri AIDS pada tahun 2030.
E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018 02