Page 8 - e-Buletin Oktober 2018
P. 8
Majlis Sambutan
minggu kesedaran pendermaan organ
peringkat kebangsaan 2018
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri
Kesihatan (YBMK) telah menyempurnakan
Majlis Sambutan Minggu Kesedaran
YPendermaan Organ Peringkat Kebangsaan
2018 pada 6 Oktober 2018 bertempat di Stesen
LRT Pasar Seni Kuala Lumpur. Turut hadir adalah
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Lee Lam Thye, Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam
Pendermaan Organ Kebangsaan. Minggu Kesedaran
Perdermaan Organ merupakan acara sambutan
setiap tahun sebagai salah satu inisiatif dalam
meningkatkan tahap kesedaran anggota masyarakat
dalam isu yang sangat penting dan releven pada
masa kini iaitu pendermaan organ. Sehingga 31
Ogos 2018, terdapat seramai 20,973 orang pesakit
yang sedang berada di dalam senarai menunggu
organ. Majoriti daripadanya sedang menunggu buah
pinggang baru iaitu seramai 20,956 orang, manakala
selebihnya sedang menunggu organ lain iaitu 5
orang bagi hepar, 6 orang bagi jantung, 3 orang bagi
paru-paru dan 3 orang bagi kedua-dua jantung dan
paru-paru.
05 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018