Page 4 - e-Buletin Oktober 2018
P. 4
world mental health day 2018
AB Dato’ Seri Wan Azizah binti Wan Ismail,
Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan
Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018
Ybertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) pada 11 Oktober 2018 yang turut
dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri
Kesihatan (YBMK). Dalam majlis tersebut, tema yang
dipilih ialah “Generasi Muda dan Kesihatan Minda Dalam
Arus Perubahan Zaman” dengan memberi fokus terhadap
pengamalan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi
muda. Dalam perasmian tersebut, YB Timbalan Perdana
Menteri mengulas lanjut mengenai kebimbangan beliau
terhadap peningkatan tahan kesihatan mental di Negara
ini dengan berkata “kira-kira 40 peratus daripada warga
Malaysia akan menghadapi masalah kesihatan mental
dalam tempoh hayat mereka dan tinjauan pada 2017 oleh
Kementerian Kesihatan mendapati 18,336 orang menderita
tekanan perasaan di pelbagai peringkat berdasarkan
imbasan kesihatan ke atas 273,203 individu.” Ujar beliau
lagi, “ini bukanlah suatu pengukur yang baik kerana mengikut
laporan masalah kesihatan mental kian membimbangkan
terutamanya dalam kalangan remaja dan belia di sekolah’.
01 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018