Page 14 - Petunjuk Kesihatan 2019
P. 14

NOTA KETERANGAN




              1.     Penggunaan data penduduk untuk pengiraan kadar

                     Pengiraan indikator nisbah/kadar/peratus dalam laporan ini yang akan membabitkan jumlah penduduk
                     merujuk kepada Anggaran Penduduk Semasa (data anggaran)

              2.     Indikator Demografi

                     2.1    Kadar mortaliti perinatal
                            Merujuk kepada kelahiran mati dan kematian bayi yang berumur kurang daripada 1 minggu kepada
                            setiap 1,000 jumlah kelahiran

                     2.2    Kadar kelahiran mati
                            Merujuk kepada kelahiran selepas kehamilan 28 minggu atau lebih yang tiada tanda nyawa semasa
                            kelahiran kepada setiap 1,000 jumlah kelahiran


                     2.3    Kadar mortaliti neonatal
                            Merujuk kepada kematian bayi yang berumur kurang daripada 28 hari kepada setiap 1,000 kelahiran
                            hidup

                     2.4    Kadar mortaliti bayi
                            Merujuk kepada kematian bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun kepada setiap 1,000 kelahiran
                            hidup

                     2.5    Kadar mortaliti kanak-kanak
                            Merujuk  kepada  kematian  kanak-kanak  yang  berumur  1 - 4  tahun  kepada  setiap  1,000  jumlah
                            penduduk berumur 1- 4 tahun





               12  PETUNJUK KESIHATAN
                   HEALTH INDICATORS
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19