Page 15 - Petunjuk Kesihatan 2019
P. 15

2.6    Kadar mortaliti kurang daripada 5 tahun
                            Merujuk kepada kematian bayi dan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun kepada
                            setiap 1,000 kelahiran hidup

                     2.7    Nisbah mortaliti ibu bersalin
                            Merujuk kepada kematian yang disebabkan oleh kesulitan semasa hamil atau semasa melahirkan
                            anak atau kematian dalam tempoh 42 hari selepas bersalin  kepada setiap 1,000 kelahiran hidup


                     2.8    Jumlah nisbah tanggungan
                            Merujuk kepada nisbah bilangan penduduk yang berumur bawah 15 tahun dan yang berumur 65
                            tahun dan ke atas kepada bilangan penduduk yang berumur 15 - 64 tahun.

                     2.9    Nisbah jantina
                            Merujuk kepada bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan.

                     2.10   Jangkaan hayat ketika lahir
                            Merujuk kepada jangkaan purata bilangan tahun seseorang bayi yang baru lahir akan hidup dengan
                            mengandaikan corak kadar kematian umur tertentu yang tetap

              3.     Institusi Perubatan Khas
                     Merujuk kepada Pusat Kawalan Kusta Negara (1), Institut Perubatan Respiratori (1), Hospital Rehabilitasi (1),
                     Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (1), Institut Kanser Negara (1) dan Institut Psikiatri (4)

              4.     Liputan Imunisasi
                     Pengiraan liputan bagi beberapa imunisasi yang terdapat dalam laporan ini menggunakan dua denominator
                     yang berlainan:

                     i.    Kelahiran hidup yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM);
                     ii.   Kelahiran hidup yang dikumpul berpandukan kepada Manual Sistem Maklumat Tibi Kebangsaan (Edisi
                           2004), TBIS.



                                                                                                                  PETUNJUK KESIHATAN
                                                                                                                   HEALTH INDICATORS  13
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20