Page 9 - Petunjuk Kesihatan 2019
P. 9

Perkara-perkara yang diliputi dalam Pengawasan dan Penilaian Rangka Umum yang terdahulu adalah seperti
              berikut:-

              a)  Proses dan mekanisma pengawasan dan penilaian
              b)  Dasar-dasar dan strategi kesihatan kebangsaan
              c)  Pembangunan sistem-sistem kesihatan
              d)  Tindak-tanduk antarabangsa
              e)  Jagaan kesihatan yang disediakan
              f)   Tahap kesihatan dan sosio-ekonomi

              Dalam pengawasan melalui Rangka Umum yang ketiga, susunan pada senarai lama 12 petunjuk antarabangsa
              telah pun dipinda mengikut susunan perkara yang diawasi, iaitu:-

              a)  Arah-aliran tahap kesihatan
              b)  Pelaksanaan jagaan kesihatan asas
              c)  Pembangunan sistem-sistem kesihatan berdasarkan pada jagaan kesihatan asas
              d)  Sumber-sumber kesihatan
              e)  Arah-aliran cara hidup sihat dan alam persekitaran
              f)   Kependudukan dan aliran sosio-ekonomi


              Pengawasan Rangka Umum  ketiga telah dapat menambahkan lagi dua jenis maklumat, satu berkaitan dengan
              aliran kecacatan dan yang lagi satu berkaitan dengan cara hidup sihat dan alam persekitaran.


              Sebagai  tambahan,  maklumat  bagi  matlamat-matlamat  pengawasan  untuk  pembangunan,  perlindungan
              dan  keselamatan  kanak-kanak  melalui  27  petunjuk  yang  disyorkan  dalam  Persidangan  Kemuncak  Sedunia
              bagi Kanak-kanak pada bulan September 1990 telah dimasukkan ke dalam pengawasan Rangka Umum untuk
              kajian pertengahan dekad bagi kemajuan yang dibuat untuk pencapaian matlamat utama tahun 2000 seperti
              dicadangkan oleh WHO/UNICEF.






                                                                                                                  PETUNJUK KESIHATAN
                                                                                                                   HEALTH INDICATORS  7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14