Page 180 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 180
ii. Mengadakan Latih Amal Risikan pada 22 hingga 25 April 2019. Para peserta diberi
tugasan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai aktiviti
PKB dengan melakukan risikan di premis-premis seperti pusat Fisioterapi, premis
optometri dan farmasi yang terdapat di sekitar bandar Melaka.
iii. Pembentukan sebanyak empat (4) garis panduan dan standards operating
procedures (SOP) penguatkuasaan yang telah dibangunkan sebagai panduan
dalam melaksanakan proses kerja iaitu SOP Kompaun, SOP Pendakwaan, Garis
Panduan Kompaun dan Tatacara Penstoran Eksibit.
iv. Pembangunan dua (2) modul latihan penguatkuasaan dengan kerjasama Institut
Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, iaitu Penyediaan Kertas
Siasatan; dan Pra Perbicaraan dan Teknik Pendakwaan.
LALUAN KERJAYA PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT - SME)
Seramai 20 orang pegawai telah diperakukan oleh Jawatankuasa Naik Pangkat
Pengurusan dan Profesional Kementerian Kesihatan Malaysia (JNPKKM) dan
Jawatankuasa Search Committee (JKKSC) di Kementerian Kesihatan Malaysia (Jadual
5.22). Majlis Penyampaian Surat Pengiktirafan dan Pemangkuan Pegawai Pelbagai
Skim Perkhidmatan Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert –
SME) di Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(KPPA) telah diadakan pada 18 Mac 2019.
LAPORAN TAHUNAN
170 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019