Page 179 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 179
Imej 5.4
Pembentangan Draf Peraturan Profesion Kesihatan Bersekutu 2019 kepada
YB Menteri Kesihatan Malaysia
Sumber: Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM
Garis Panduan dan Arahan
Bagi memastikan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 dapat dilaksanakan
dengan efektif beberapa garis paduan telah dibangunkan. Antara Garis Panduan
yang telah dibangunkan adalah Garis Panduan Pendaftaran; Garis Panduan Perakuan
Amalan; Garis Panduan Pembaharuan Perakuan Amalan; Garis Panduan Perakuan
Amalan Sementara; Garis Panduan Akreditasi Program Sains Kesihatan; Garis Panduan
Continuing Professional Development (CPD) Profesional Kesihatan Bersekutu; dan
Garis Panduan Permohonan Pembekal CPD.
Pro Tem Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia
Selaras dengan saranan Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) semasa sesi pembentangan
draf peraturan, Pro Tem Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu telah ditubuhkan
pada 12 April 2019. Tujuan Pro Tem Majlis adalah membantu dalam persediaan
penguatkuasaan akta. Hasil dari penubuhan Pro Tem Majlis tersebut, beberapa
jawatankuasa telah diwujudkan iaitu Jawatankuasa Skop Amalan Kesihatan Bersekutu;
Jawatankuasa Pendaftaran; Jawatankuasa Disiplinari & Etika; Jawatankuasa Standard
Pengajian dan Jawatankuasa Pengiktirafan Kepakaran.
REGULATORI
Pada tahun 2019, BSKB telah menjalankan beberapa aktiviti bagi menyokong
pelaksanaan penguatkuasaan Akta 774. Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan
adalah:
i. Penyediaan Kompilasi 1 & 2 bagi Penyediaan Laporan Hasrat Pindaan Akta 290:
Akta Ubat 1956. Matlamat Penyediaan Kompilasi ini adalah untuk mengatasi
masalah mengenai iklan dan menambah baik kawalan iklan agar kelancaran
pindaan Akta 290 dapat dilaksanakan.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 169