Page 178 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 178
INDIKATOR UNIVERSAL HEALTH COVERAGE (UHC)
BSKB bertanggungjawab bagi pengumpulan data asas untuk indikator Universal
Health Coverage (UHC) di bawah tajuk “Proportion of the population utilizing the
rehabilitation services they require.” Maklumat asas yang diperlukan untuk UHC
ini telah dapat dikumpulkan melalui satu program bancian melalui National Health
Morbidity Survey (NHMS) 2019. Laporan penuh hasil kajian ini akan disiapkan pada
tahun 2020. Maklumat bagi indikator ini amat penting kerana ianya akan dilaporkan
kepada World Health Organization (WHO) secara berkala.
WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) BUDGET PROGRAMME 2018 – 2019: THE
ESTABLISHMENT OF WORKFORCE PROFILE FOR AHPS IN MALAYSIA
Satu bengkel konsultasi bersama konsultan WHO telah dianjurkan pada 21 hingga 25
Januari 2019 di Palm Garden Hotel, IOI Resort City Putrajaya. Bengkel selama lima
(5) hari itu difasilitasikan oleh Prof Arie Rotem dan Dr Graham Robert dari Australia.
Pelbagai wakil dan stakeholders daripada dalam dan luar Kementerian Kesihatan
Malaysia telah dijemput bagi memberikan input dan pandangan masing-masing yang
membantu kepada pengisian dan perincian kajian. Hasil dan keputusan bengkel amat
memberansangkan. Pelbagai rancangan dan strategi yang dipersetujui bersama telah
dibincangkan untuk mencapai matlamat projek menjelang akhir tahun 2019.
Sebanyak sepuluh (10) tajuk telah dibentang oleh penceramah jemputan daripada
sektor awam dan swasta yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing. Bengkel
ini telah dirasmikan oleh Dr Lo Ying - Ru, Head of Mission and WHO Representatives
to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore and WHO. Objektif bengkel konsultasi
tersebut adalah untuk membangunkan profil pangkalan data dinamik untuk tenaga
kerja PKB; merangka kaedah/ model/ templat tenaga kerja berasaskan keperluan
untuk PKB di masa hadapan; dan untuk menentukan norma nisbah sumber manusia
untuk setiap kategori PKB di Malaysia.
SEKRETARIAT MAJLIS PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU MALAYSIA
Peraturan Profesion Kesihatan Bersekutu 2019
Pada bulan Mac 2019, draf Peraturan Profesion Kesihatan Bersekutu telah
dikemukakan kepada YB Menteri Kesihatan (Imej 5.4) dan Ketua Pengarah Kesihatan
setelah disemak oleh Penasihat Undang-Undang KKM. Draf Peraturan Versi 1 telah
dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada kali pertama pada 17 September
2019 untuk semakan dan seterusnya Draf akhir Peraturan Profesion Kesihatan
Bersekutu yang telah dikemaskini telah dikemukakan pada 2 Disember 2019 dan
dijangkakan Peraturan Profesion Kesihatan Bersekutu ini akan diluluskan oleh pihak
AGC pada awal tahun 2020.
LAPORAN TAHUNAN
168 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019