Page 177 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 177
BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB) bertanggungjawab ke atas dasar
perancangan pembangunan perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu (SKB) selari
dengan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). BSKB bertekad untuk
memberi fokus terhadap pembangunan dan perkembangan profesion, menyedia
piawaian dan peraturan yang dapat memastikan perkhidmatan kesihatan yang
diberikan oleh Profesion Kesihatan Bersekutu (PKB) adalah berkualiti serta efektif dan
mengoptimumkan penggunaan teknologi dan sumber.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN
(PERUBATAN), 2019 UNTUK PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) telah memutuskan bahawa tajuk bagi
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) TKPK (Perubatan) KKM bagi bidang Kesihatan Bersekutu
bagi tahun 2019 adalah Peratusan Perkhidmatan Terapi Mencapai Matlamat Intervensi
Oleh Profesional Sains Kesihatan Bersekutu (SKB). Sasaran yang ditetapkan adalah ≥
80 peratus. Secara keseluruhannya, pencapaian KPI ini telah melebihi sasaran iaitu
91.13 peratus. Pencapaian sebenar tujuh (7) profesion yang telah terpilih untuk KPI
ini adalah sebagaimana tertera di Jadual 5.21.
Jadual 5.21
Pencapaian KPI Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM Bagi
Perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu Pada Tahun 2019
PERKHIDMATAN NUMERATOR DENUMERATOR PENCAPAIAN
(Sasaran ≥ 80 peratus)
Dietetik 25,432 26,668 95.37
Optometri 117 118 99.15
Pemulihan Fisioterapi 25,639 28,223 90.84
Pemulihan Carakerja 2,028 2,071 97.92
Pemulihan Pertuturan- 1,032 1,087 95
Bahasa
Pemulihan Pendengaran 1,109 1,120 98
X-Ray (Terapi) 1,778 2,128 83.55
JUMLAH KESELURUHAN 60,138 64,575 91.13
Sumber: Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 167