Page 15 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 15
KEMATIAN
Data kematian merupakan sumber yang berguna dalam pengukuran tahap kesihatan.
Data ini menunjukkan tahap kesihatan komuniti secara komprehensif kerana ia
melibatkan setiap individu.
Trend kadar kematian kasar (CDR), kadar kematian neonatal (NMR), kadar kematian
bayi (IMR) dan nisbah kematian ibu bersalin (MMR) di Malaysia bagi tempoh 1990
hingga 2018 adalah seperti di Rajah 1.2. Bagi tempoh 1990 hingga 2018, kadar
kematian kasar di Malaysia telah meningkat daripada 4.6 bagi setiap 1,000 penduduk
pada tahun 1990 kepada 5.3 bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2018. Peningkatan
juga ditunjukkan dalam nisbah kematian ibu bersalin daripada 18.6 bagi setiap
100,000 kelahiran hidup pada tahun 1990 kepada 23.5 bagi setiap 100,000 kelahiran
hidup pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, kadar kematian neonatal dan kadar
kematian bayi menunjukkan penurunan masing-masing daripada 8.5 kepada 4.6 bagi
setiap 1,000 kelahiran hidup dan 13.1 kepada 7.2 bagi setiap 1,000 kelahiran hidup.
Trend bagi kadar kematian yang lain dari tahun 2011 hingga 2018 ditunjukkan dalam
Jadual 1.3.
Rajah 1.2
Kadar Kematian di Malaysia, 1990 hingga 2018
Nota:
CDR: Crude Mortality Rate
NMR: Neonatal Mortality Rate
IMR: Infant Mortality Rate
MMR: Maternal Mortality Rate
Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 5