Page 16 - e-Buletin KKM Ogos 2021
P. 16

13  MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI SEPTEMBER 2021


































        KPK BERSAMA PPVB DALAM

        PROGRAM ‘OUTREACH’  VAKSINASI

        COVID-19










                 Bhg.  Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham
                 Abdullah,  Ketua Pengarah  Kesihatan pada
                 4 September  2021  telah  menyertai  pasukan
        YPusat Pemberian  Vaksin Bergerak  (PPVB)
        Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM dalam
        satu program perkhidmatan jangkau  luar (“outreach”)
        vaksinasi COVID-19 di Pulau Pasir Hitam,  Mukim
        Sungai  Tinggi, Daerah  Larut, Matang  & Selama,
        Perak. Penduduk pulau ini majoritinya bekerja sebagai
        nelayan dengan populasi berjumlah 80 orang. Program
        “outreach” ke Pulau Pasir Hitam berjaya memberi dos
        pertama vaksin COVID-19 kepada 32 orang penduduk
        pulau ini manakala program PPVB  HCTM di Daerah
        Larut, Matang & Selama  telah selesai  memberikan
        8124 dos vaksin COVID-19  dalam tempoh 10 hari di
        Dewan Kamunting, Taiping dan melalui lawatan rumah
        ke rumah.
   11   12   13   14   15   16   17   18