Page 15 - e-Buletin KKM Ogos 2021
P. 15
MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI SEPTEMBER 2021 12
AIRBUS MALAYSIA KOMITED
MENYUMBANG PERALATAN
KESIHATAN KEPADA SELURUH
HOSPITAL DI MALAYSIA
enyerahan sumbangan berbentuk
peralatan perubatan daripada syarikat
pembekal pesawat antarabangsa, Airbus
PMalaysia di PKRC Bersepadu MAEPS,
Selangor telah dihadiri YBhg. Dato’ Mohd Shafiq
Abdullah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) pada 17 September
2021. Sumbangan tersebut telah disampaikan
oleh Puan Wan Anita Mohd Zaki, Ketua Bahagian
Sumber Manusia Airbus Malaysia. Peralatan
yang disumbangkan oleh Airbus Malaysia akan
diedarkan untuk kegunaan hospital-hospital yang
memerlukan di seluruh negara.