Page 11 - e-Buletin KKM Ogos 2021
P. 11
MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI SEPTEMBER 2021 08
MANFAAT PICK: 3.2 JUTA REMAJA BAKAL
MENERIMA VAKSINASI
rogram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Remaja (PICK-Remaja) telah dimulakan
lebih awal di Sarawak, Labuan, Sabah,
PKelantan, Johor dan Kedah. Pada 22
September 2021, YB Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri Kesihatan (I) dan YB Senator Dato’
Dr. Mah Hang Soon Timbalan Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah hadir
di sesi sidang media di Ibu Pejabat KKM, Putrajaya.
KPM akan bekerjasama dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan
PICK Remaja yang mensasarkan untuk memberikan
suntikan vaksinasi kepada 3.2 juta remaja berusia
12 hingga 17 tahun di seluruh negara dan program
“kick-off” secara rasmi telah bermula di Sekolah
Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1).
YB Dato’ Dr. Noor Azmi berkata sebagai usaha
memperluaskan akses kepada vaksin COVID-19 selain
dari pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Sekolah, Klinik Kesihatan dan klinik swasta, sebanyak 156
PPV awam dan integrasi akan beroperasi untuk menjalankan
PICK Remaja bermula 23 September 2021 sebelum ia
ditutup secara berperingkat selewatnya pada 15 Oktober
2021. Pelaksanaan pemberian vaksinasi akan dilaksanakan
secara janji temu melalui aplikasi MySejahtera, walk-in
dan juga vaksinasi berjadual. Program ini dilaksanakan
secara berperingkat mengikut lokasi sekolah dan jadual
akan disediakan secara bersama-sama oleh pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.