Page 17 - e-Buletin KKM Ogos 2021
P. 17

MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI SEPTEMBER 2021        14



































          KPK TURUN PADANG KE PUSAT PEMBERIAN
          VAKSIN (PPV) ONE HOPE CHARITY & WELFARE,
          BUKIT MERTAJAM




                ada 18  September 2021,  YBhg.  Tan Sri
                Dato’ Seri Dr.  Noor Hisham Abdullah,  Ketua
                Pengarah Kesihatan telah mengadakan
       Plawatan  kerja rasmi   ke Pusat Pemberian
        Vaksin (PPV)  One Hope Charity &  Welfare, Bukit
        Mertajam. One Hope Charity & Welfare merupakan
        pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara
        ini yang membuka pusat pemberian vaksin percuma
        berkonsepkan  dalam  taman. PPV ini dioperasikan
        sepenuhnya  dibawah  pembiayaan  badan  kebajikan
        tersebut. PPV ini telah mula pengoperasiannya sejak
        26 Julai  2021  dengan  kapasiti  pemberian  di antara
        360 sehingga 720 dos vaksin setiap hari. Pihak KKM
        mengucapkan  setinggi penghargaan  kepada One
        Hope Charity & Welfare di atas pengoperasian PPV
        kerana kerjasama seperti ini merupakan satu contoh
        pendekatan  ‘whole-of-government’ dan  ‘whole-of-
        society’ ketika memerangi pandemik COVID-19.
   12   13   14   15   16   17   18