Page 6 - e-Buletin KKM Ogos 2021
P. 6

03 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI SEPTEMBER 2021




                         YBMK: OPERASI DI FASILITI KESIHATAN

                                            SABAH DIPERGIAT





                                                          alam lawatan hari kedua,  YB Khairy Jamaluddin,
                                                          Menteri Kesihatan  Malaysia  telah melawat  PPV
                                                          Sementara di Sekolah Kebangsaan Pulau Larapan di
                                                 DDaerah Semporna, Sabah pada 7 September 2021.
                                                  Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat aktiviti jangkau
                                                  luar pemberian vaksin CanSino (vaksin 1 dos) kepada penduduk
                                                  di pulau tersebut dan pulau-pulau di sekitarnya. Menurut beliau,
                                                  aktiviti vaksinasi di Pulau Larapan  ini adalah  antara contoh
                                                  program vaksinasi jangkau luar yang sedang giat dilaksanakan
                                                  oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk kita mencapai sasaran 60%
                                                  populasi dewasa di Sabah mendapat vaksinasi lengkap pada
                                                  hujung September ini dan 80% pada penghujung Oktober 2021.












                 B Menteri Kesihatan juga sempat melawat ke
                 Klinik Sri Balung  (Pengamal Perubatan  Am
                 Swasta) untuk menyampaikan Anugerah PeKa
        YB40 bagi pencapaian menjalankan  saringan
        kesihatan  tertinggi  untuk tahun 2019-2020.  PeKa
        B40 iaitu satu  inisiatif kerajaan melalui Kementerian
        Kesihatan  Malaysia  (KKM) untuk menampung
        keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah,
        dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak
        berjangkit (NCD).









                                                                            awatan  YB Menteri  Kesihatan  di
                                                                            Sabah diakhiri dengan melawat tapak
                                                                            projek  naik  taraf Hospital  Tawau
                                                                    Lyang dapat menambah kapasiti
                                                                     perkhidmatan kesihatan dan meningkatkan
                                                                     kualiti perkhidmatan kepada pesakit di
                                                                     Tawau dan juga di kawasan sekitarnya.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11