Page 8 - September 2019
P. 8
Program Pemeriksaan Mata sempena
Kempen Eye Health Awareness Kebangsaan (NEHA)
B Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan Malaysia telah
merasmikan Program Pemeriksaan
YMata sempena Kempen ‘Eye Health
Awareness’ Kebangsaan (NEHA) di Balai
MPKK Pasir Tuntung Kuala Selangor di Kuala
Selangor pada 7 September 2019. Kempen ini
diadakan bertujuan untuk membantu aktiviti
pengesanan awal penyakit mata, mencegah
kebutaan dan memberikan penglihatan
yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.
Sehingga kini, terdapat seramai 2,343 orang
Optometris di sektor awam dan swasta yang
berkhidmat di seluruh negara. Menurut YB
Datuk Seri Dr. Dzulkefly dalam ucapannya
menegaskan bahawa kempen NEHA 2019
yang bertunjangkan kepada konsep ‘Primary
Eye Care’ dan bertemakan ‘Eyecare for All’
ini dijangkakan akan memberikan manfaat
kepada 300 orang rakyat dalam kategori B40
di Kuala Selangor. Seramai 3,000 orang rakyat
Malaysia dari kategori B40 di seluruh negara
akan mendapat pemeriksaan mata oleh
Optometrist bertauliah dan sebanyak 1,000
pasang cermin mata akan diberikan secara
percuma kepada mereka yang memerlukan.
05 E-BULETIN KKM EDISi september 2019