Page 13 - September 2019
P. 13
Majlis Perasmian Mesyuarat Saintifik
Tahunan Dalam Penjagaan Rapi (ASMIC)
2019
ada 6 September 2019 yang lalu, YB
Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri
Kesihatan Malaysia telah merasmikan
PMajlis Perasmian Mesyuarat Saintifik
Tahunan dalam Penjagaan Rapi (ASMIC)
2019 di Kuala Lumpur. Dalam hal ini, KKM
menggalakkan para doktor untuk dilatih menjadi
pakar dalam perubatan penjagaan rapi. Pada
masa yang sama, Dr. Lee juga berharap agar
sektor swasta dapat memainkan peranan
melatih para doktor dalam bidang khusus
seperti Australia dan New Zealand iaitu latihan
penjagaan intensif telah ditubuhkan. YB Dr.
Lee juga menggesa agar doktor muda untuk
mengambil cabaran menguasai kepakaran
dalam rawatan intensif supaya menjadi pelopor
dalam pembangunan dan pertumbuhan khusus
ini. Menurut YB Dr. Lee, adalah penting untuk
mengambil tahu juga akan keperluan pesakit
kita kerana perkhidmatan penjagaan intensif
ini boleh mengubah pandangan pengurusan
pesakit yang kritikal.
E-BULETIN KKM EDISi september 2019 10