Page 7 - September 2019
P. 7
LAWATAN KERJA KPK
KE HOSPITAL LABUAN
ada 22 September 2019, YBhg.
Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah,
Ketua Pengarah Kesihatan (KPK)
Ptelah membuat lawatan kerja rasmi
ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
(JKWP) Labuan, Hospital Labuan, Klinik
Desa Bebuloh Laut dan Klinik Komuniti UTC.
Hospital Labuan yang kini merupakan hospital
berpakar ‘minor’ dengan kapasiti katil sebanyak
122 buah telah menerima kemasukan ke wad
seramai 8205 orang pesakit (bed occupancy
rate 55.52%), kedatangan 40,319 orang pesakit
di Jabatan Kecemasan & Trauma dan 28,113
orang pesakit di Klinik Pakar. Bagi memenuhi
keperluan perkhidmatan perubatan kepada
lebih kurang 100 ribu penduduk di wilayah ini,
KKM sedang dalam usaha menaiktaraf fasiliti
tersebut ke arah hospital berpakar ‘major’.
Selaras program transformasi kesihatan JKWP
Labuan dengan menjadikan ‘Labuan Pulau
Sihat’, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan
ke arah pemantapan perkhidmatan kesihatan
di negeri ini.
E-BULETIN KKM EDISi september 2019 04