Page 5 - September 2019
P. 5
1 Conference for
st
Thalassaemics and
Carers
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan telah menghadiri
1 Conference for Thalassaemics and
st
YCarers di The Klagan Regency, Kota
Kinabalu, Sabah pada 15 September 2019.
Thalassaemia merupakan penyakit genetik yang
diwarisi daripada kedua ibu bapa. Berdasarkan
data daripada Malaysia Thalassaemia Register
sehingga Mei 2019, seramai 8,124 orang pesakit
thalassaemia di Malaysia telah dikenalpasti.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) amat mengalu-alukan usaha yang dibuat
oleh Pertubuhan Persekutuan Thalassaemia
Malaysia dan Persatuan Thalassaemia Negeri
dalam memberi kesedaran mengenai penyakit
Thalassaemia kepada masyarakat umum.
KKM juga berusaha memastikan rawatan dan
kemudahan ubat-ubatan sentiasa mencukupi
untuk semua pesakit ini di Malaysia dan kadar
bayaran yang minimal untuk para pesakit. Dalam
persidangan ini, turut hadir bersama ialah YB
Norazlinah bt Arif, Pembantu Menteri Kesihatan
dan Kesejahteraan rakyat sabah, YBrs. Dr. Tan
Bee Hwai, Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-
kanak Sabah.
E-BULETIN KKM EDISi september 2019 02