Page 17 - e-Buletin Oktober 2018
P. 17

sambutan hari terbuka


                                                          institut penyelidikan


                                                          perubatan (IMR)
























                                                                   B Dr. Lee Boon Chye,  Timbalan
                                                                   Menteri  Kesihatan  (YBTMK)  telah
                                                                   merasmikan Sambutan Hari  Terbuka
                                                        Y Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
                                                        pada  9  Oktober  2018  di  IMR,  Jalan  Pahang,
                                                        Kuala  Lumpur.  Turut  hadir  ialah  YBhg.  Dato’
                                                        Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha
                                                        (KSU)  Kementerian  Kesihatan  Malaysia,  YBhg.
                                                        Dato’  Hj.  Hasnol  Zam  Zam  bin  Hj.Ahmad,
                                                        Timbalan      Ketua      Setiausaha      (Pengurusan)
                                                        Kementerian Kesiahtan Malaysia dan  YBhg.
                                                        Dato’ Dr. Fadzilah Kamaludin, Pengarah Institut
                                                        Penyelidikan Perubatan. Program tersebut
                                                        dihadiri oleh warga kerja IMR, para penyelidik
                                                        dari Institut Kesihatan Negara (NIH), mahasiswa,
                                                        pensyarah,  agensi-agensi  penyelidikan,  pihak
                                                        industri, pihak hospital dan makmal swasta
                                                        serta wakil daripada Kementerian-Kementerian
                                                        lain. IMR telah ditubuhkan pada awal tahun
                                                        1900 dan kali terakhir penganjuran Hari Terbuka
                                                        IMR adalah pada tahun 2000 yang diadakan
                                                        bersekali dengan Sambutan Ulang  Tahun ke-
                                                        100  penubuhan  IMR.  Hari  Terbuka  IMR  pada
                                                        tahun ini bertujuan untuk menyebarluas peranan
                                                        IMR sebagai satu-satunya institusi penyelidikan
                                                        biomedikal di bawah KKM.

                                                                                               E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018   14
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22