Page 15 - e-Buletin Oktober 2018
P. 15
simposium penjagaan inovatif malaysia 2017
ada 6 Oktober 2018, YBhg. Datuk
Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua
Pengarah Kesihatan (KPK) telah
P menghadiri Simposium Penjagaan
Inovatif Malaysia 2018 di Monash University
Malaysia. Sekitar 270 peserta dari seluruh
bidang perubatan dan ahli farmasi muda
telah menghadiri program tersebut.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan
Farmaseutikal Malaysia dengan tema
‘Penjagaan Kesihatan 4.0: Menutup Jurang
Antara Pesakit & Teknologi’. Menurut
KPK, teknologi telah memainkan peranan
penting dari semua aspek dalam penjagaan
kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia
telah berkolaborasi dengan pelbagai pihak
dalam bidang penjagaan kesihatan digital
untuk memberi tumpuan kepada inovasi
digital dalam penyampaian dan penyelesaian
penjagaan kesihatan. Teknologi kesihatan
tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang
abstrak tetapi sesuatu yang sangat nyata
kepada masyarakat umum.
E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018 12