Page 8 - Petunjuk Kesihatan 2019
P. 8

PENDAHULUAN: PETUNJUK BAGI PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

              STRATEGI HEALTH FOR ALL (HFA)




              STRATEGI SEDUNIA


              Edisi Petunjuk Bagi Pemantauan dan Penilaian Strategi Health For All ini merupakan edisi yang ke-35 sejak Rangka
              Umum yang pertama bagi penilaian digunakan dalam tahun 1985. Sehingga kini, senarai petunjuk global tidak
              berubah. Petunjuk ini adalah penting bagi negara-negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menilai
              strategi nasional masing-masing ke arah matlamat-matlamat HFA.


              Berdasarkan  kepada  hasil  dari  pengawasan  dan  penilaian  yang  dijalankan  secara  bergilir-gilir  oleh  negara-
              negara  anggota  dan  enam  pusat  penyelarasan  kawasan  Pertubuhan  Kesihatan  Sedunia,  Lembaga  Eksekutif
              Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Persidangan Kesihatan Sedunia dapat menilai strategi HFA untuk seluruh dunia.
              Dengan pengawasan dan penilaian secara global, petunjuk dapat diubahsuai bagi memastikan kesesuaiannya
              untuk negara-negara anggota. Dalam usaha pengubahsuaian ini, senarai tersebut dapat ditambahkan dengan
              petunjuk kecil dan petunjuk tambahan bagi memudahkan lagi kerja pengawasan dan penilaian.

              PETUNJUK BAGI PENGAWASAN DAN PENILAIAN STRATEGI SEDUNIA

              Pengawasan dengan menggunakan Rangka Umum Pengawasan (Common Framework for Monitoring, (CFM))
              telah dijalankan dalam tahun 1982 diikuti dengan Rangka Umum Penilaian (Common Framework for Evaluation
              (CFE)) dalam tahun 1985. Pengawasan kedua dijalankan pada tahun 1988, juga diikuti dengan penilaian dalam
              tahun 1991. Pengawasan kali ketiga telah dijalankan pada tahun 1994 dan diikuti dengan penilaian dalam tahun
              1997.










               6   PETUNJUK KESIHATAN
                   HEALTH INDICATORS
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13