Page 314 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 314

PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN TANAH

            Bahagian  Pembangunan  juga  bertanggungjawab  untuk  mentadbir  pengurusan
            dan pemerolehan tanah dan bangunan mengikut Kanun Tanah Negara 1965, Akta
            Pengambilan Tanah 1960 dan P.2.1: Kaedah Perolehan Kerajaan untuk pembangunan
            fasiliti  kesihatan.  Semua  proses  pengambilan  tanah  di  seluruh  negara  bagi  tujuan
            pembangunan  fasiliti  kesihatan  KKM  adalah  melalui  kelulusan  Jawatankuasa
            Pengurusan dan Pemantauan Tanah (JKPPT) yang dipengerusikan oleh Ketua
            Setiausaha Kementerian. Sejumlah 77 kertas telah dibentangkan dalam Mesyuarat
            Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah (JKPPT) pada tahun 2019. Senarai
            mesyuarat yang telah diadakan pada 2019 seperti di Jadual 11.2:

                                                Jadual 11.2
               Senarai Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah (JKPPT),
                                             KKM Tahun 2019


                                                                              Jumlah kertas
              Bil.           Mesyuarat                     Tarikh
                                                                              dibentangkan
               1.    MJKPPT Bil.1/2019                   19 Februari 2019          10

               2.    MJKPPT Bil. 2/2019                      16 April 2019         13
               3.    MJKPPT Bil. 3/2019                       24 Jun 2019          11

               4.    MJKPPT Bil. 4/2019                     27 Ogos 2019           11
               5.    MJKPPT Bil. 5/2019                 4 November 2019            19

               6.    MJKPPT Bil. 6/2019                 19 Disember 2019           13
            Sumber: Bahagian Pembangunan, KKM

            PENGURUSAN NILAI BAGI PROJEK PEMBANGUNAN KEMENTERIAN
            KESIHATAN MALAYSIA


            Bagi  menangani  kelemahan  dalam  pengurusan  projek  Kerajaan,  Jawatankuasa
            Perancangan Pembangunan Negara (JPN) pada 24 November 2009 telah memutuskan
            supaya pengurusan  nilai  diadakan dalam  perancangan dan  pelaksanaan  program
            dan  projek  kerajaan.  Pengurusan  nilai  bertujuan  untuk  mengenal  pasti,  memberi
            pilihan  dan  menghasilkan  komponen  dan  kos  yang  tidak  menyumbang  kepada
            nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang
            ditetapkan. Pengurusan nilai adalah pendekatan pelbagai disiplin yang sistematik dan
            inovatif yang mengkaji keperluan fungsi reka bentuk, produk, perkhidmatan, projek,
            fasiliti  dan  sistem  untuk  mencapai  nilai  yang  lebih  baik  dan  kos  optimum  tanpa
            menjejaskan prestasi dan  projek. Pada umumnya,  pengurusan  nilai  dilaksanakan










        LAPORAN TAHUNAN
    304  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   309   310   311   312   313   314   315   316   317   318   319