Page 312 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 312
PENGENALAN
Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab
untuk menguruskan aktiviti berkaitan dengan pengurusan, perancangan, pelaksanaan,
pengawalan, pemantauan dan penilaian program dan projek yang dilaksanakan dalam
pembangunan fasiliti kesihatan oleh KKM di bawah pelan Rancangan Malaysia (RMK).
Dahulunya, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Pembangunan
namun telah disusun semula pada 1 September 2012 sebagai dua (2) komponen yang
berbeza mengikut fungsi masing-masing. Pada 27 September 2018, bahagian ini telah
dijenamakan semula melalui penstrukturan semula tanggungjawab dan fungsi setiap
unit yang dibahagikan kepada tiga (3) cawangan utama yang disokong oleh 12 unit
seperti berikut:
A. Cawangan Pengurusan Projek I:
i) Unit Bajet RMK
ii) Unit Projek 1 (Zon Utara)
iii) Unit Projek 3 (Zon Timur)
iv) Unit Penyelarasan (Urusetia Mesyuarat)
B. Cawangan Pengurusan Projek II:
i) Unit Projek 2 (Zon Tengah)
ii) Unit Projek 4 (Zon Selatan)
iii) Unit Projek 5 (Sabah dan Sarawak)
iv) Unit Teknikal dan Perolehan
C. Cawangan Pengurusan Sumber:
i) Unit Tanah
ii) Unit Public, Private and Partnership
iii) Unit Penyelarasan (Lawatan/Parlimen)
iv) Unit Kewangan dan Pentadbiran
LAPORAN TAHUNAN
302 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019