Page 309 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 309
Imej 10.1
Sekitar Majlis Perasmian MYMEDEX dan IMDC 2019, 15 Oktober 2019 di MiTEC,
Kuala Lumpur
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, PBPP
HALA TUJU
Cabaran yang akan dihadapi oleh PBPP di masa hadapan adalah menangani
pertambahan bilangan permohonan pendaftaran peranti perubatan dan pembaharuan
lesen establismen bagi peranti perubatan yang akan dipasarkan di negara ini. Selain
itu, PBPP juga perlu bersedia dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemantauan dan
penguatkuasaan memandangkan penerimaan aduan mengenai ketidakpatuhan
semakin meningkat.
Oleh yang demikian, PBPP telahpun mengenal pasti dan membangunkan beberapa
pelan komunikasi dan promosi untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman
industri dan orang awam mengenai Akta 737 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
PBPP juga sedang memperkukuhkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan
peningkatan dalam kepatuhan keperluan-keperluan yang digariskan di dalam Akta.
PBPP turut bertekad untuk terus berkembang melalui pembangunan rangka kerja
kawalan yang lebih komprehensif yang merangkumi dasar, dokumentasi regulatori,
standard dan mekanisme kawalan, pembangunan daftar dan pusat sumber regulatori
peranti perubatan yang mengandungi rujukan-rujukan yang berkaitan dengan
program kawalan peranti perubatan seperti dokumentasi regulatori, maklumat-
maklumat peranti perubatan berdaftar dan lesen establismen dan data-data lain yang
berkaitan.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 299