Page 5 - e-Buletin KKM Ogos 2021
P. 5
MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI SEPTEMBER 2021 02
LAWATAN MENTERI KESIHATAN KE SABAH
B Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan
Malaysia telah mengadakan lawatan
selama dua hari di Sabah pada 6
YSeptember 2021. YB Khairy Jamaluddin
telah mengadakan kunjung hormat kepada Datuk
Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, YAB Ketua
Menteri Sabah sejurus tiba di Kota Kinabalu,
Sabah. Beliau juga telah menghadiri Mesyuarat
CITF Negeri Sabah bersama YAB Ketua Menteri
Sabah bagi mendengar taklimat situasi semasa
jangkitan COVID-19 dan program pemberian vaksin
di Sabah.
B Menteri Kesihatan juga telah
melawat tapak tanah runtuh yang
berlaku di Kompleks C, Hospital
YQueen Elizabeth (HQE) akibat hujan
lebat. Beliau turut menyampaikan sumbangan
bantuan kepada 14 kakitangan Hospital
Queen Elizabeth (HQE) yang terkesan akibat
banjir dan runtuhan tersebut.
B Menteri Kesihatan mengakhiri
lawatan hari pertama dengan
melawat ke Hospital Papar bagi
Ymemantau kemajuan pembinaan
hospital tersebut. Berdasarkan lawatan
tersebut YB Menteri Kesihatan mendapati
terdapat pembinaan dewan bedah yang
tidak mengikut spesifikasi yang betul dan
memohon Ketua Setiausaha KKM untuk
membuat penilaian semula dewan bedah
tersebut.