Page 8 - e-Buletin KKM Oktober 2021
P. 8

05 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI OKTOBER 2021





          SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

          KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

































                 B Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan
                 telah merasmikan sambutan Hari Sukan
                 Negara 2021 peringkat Kementerian
        YKesihatan Malaysia pada 8 Oktober
        2021 di perkarangan Lobi 3,  Blok E7,  KKM.
        Turut serta YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali,
        Timbalan Menteri Kesihatan (I), YB Datuk Aaron
        Ago Dagang,  Timbalan  Menteri Kesihatan
        (II),  YBhg.  Dato’  Mohd  Shafiq  Abdullah,  Ketua
        Setiausaha,  YBhg.  Tan Sri Dato’ Seri Dr.  Noor
        Hisham Abdullah,  Ketua Pengarah  Kesihatan
        dan juga warga IPKKM. Hari Sukan Negara
        merupakan  program  tahunan  KKM dengan
        menjadi rakan strategik bersama Kementerian
        Belia dan Sukan dalam menjayakan pelaksanaan
        Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) ke arah
        Malaysia  Sihat Sejahtera. Pelbagai  aktiviti telah
        diadakan  seperti  Combat Wellness Bersama
        YBMK,  Fit Challenge dan  Simbolik Pelepasan
        “Flag-Off” Virtual Run KESKIP.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13