Page 6 - e-Buletin KKM Oktober 2021
P. 6
03 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI OKTOBER 2021
TH SERAH SUMBANGAN KOPORAT
KELUARGA MALAYSIA KEPADA KKM
B Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan
Malaysia telah menerima Penyerahan
Sumbangan Korporat Keluarga Malaysia
Ydari Lembaga Tabung Haji (TH) di Ibu
Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM). Sumbangan
81 unit katil tilt elektronik bernilai RM2 juta bagi
menambah keperluan katil ICU di hospital-hospital
terpilih yang ditentukan oleh KKM di seluruh negara
adalah salah satu dari program zakat TH khusus
untuk membantu meringankan tanggungan hospital-
hospital seluruh Malaysia dalam usaha merawat para
pesakit terutamanya mereka yang berpendapatan
rendah dan golongan asnaf yang memerlukan. YB
Khairy Jamaluddin juga berkata untuk umat Islam di
Malaysia yang bakal mengembara ke Arab Saudi bagi
menunaikan umrah mahupun haji, boleh menggunakan
ciri baharu MySejahtera untuk mendapatkan dos
penggalak supaya perjalanan di tanah suci itu berjalan
lancar dan selamat.