Page 5 - e-Buletin KKM Oktober 2021
P. 5
MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI OKTOBER 2021 02
YB KHAIRY JAMALUDDIN TINJAU
OPERASI KLWTC
B Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan
Malaysia telah hadir meninjau operasi
terakhir Pusat Pemberian Vaksin, PPV
Ydi Kuala Lumpur World Trade Centre
(KLWTC). PPV di KLWTC adalah PPV mega
terawal yang beroperasi sejak 5 Mei 2021 dalam
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
(PICK). YB Khairy Jamaluddin turut menyaksikan
sendiri proses vaksinasi kepada penerima
terakhir vaksin iaitu Muhd. Haidhar, 20 tahun
(menerima dos kedua) dan penerima vaksin yang
ke 1,285,193 di PPV KLWTC. Dr. Husni Zaeem
yang juga Pengurus PPV KLWTC memberikan
suntikan vaksin terakhir kepada Muhd. Haidhar
di PPV KLWTC sebagai gimik penutupan operasi.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Hishamshah Mohd
Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal).