Page 14 - e-Buletin KKM Disember 2021
P. 14

11  MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI DISEMBER 2021






















                                                                          PASCA BANJIR:
                                                                          YBHG. DATO’ SRI KSU &
                                                                          PASUKAN TEAMCUCIKESKIP
                                                                          TURUN PADANG
                                                                          MEMBERSIHKAN KLINIK
                                                                          KESIHATAN BUKIT
                                                                          CHANGGANG, BANTING












                                                         ada  25  Disember  2021,  YBhg.  Dato’  Sri  Mohd  Shafiq
                                                         Abdullah, Ketua Setiausaha, KKM juga selaku Penaung
                                                         KESKIP (Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat KKM)
                                                Ptelah terlibat bersama dalam aktiviti gotong-royong pasca
                                                 banjir  bagi  membersihkan  Klinik  Kesihatan  Bukit Changgang,
                                                 Banting, Selangor yang terjejas teruk akibat banjir. Turut bersama
                                                 beliau dalam gotong-royong tersebut adalah pasukan TEAM CUCI
                                                 KESKIP.

                                                 Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor merupakan
                                                 kerjasama bersama Kementerian Wilayah Persekutuan. Klinik
                                                 Kesihatan Bukit Changgang  telah ditutup operasinya  akibat
                                                 terkesan banjir. Kesan banjir tersebut telah menyebabkan banyak
                                                 dokumen,  fail-fail,  peralatan  makmal  dan  perabot  termasuk
                                                 mesin-mesin makmal terkesan teruk akibat banjir.  Selepas
                                                 aktiviti pembersihan, YBhg. Dato’ Sri KSU turut menziarahi dan
                                                 menyampaikan sumbangan kepada beberapa anggota kesihatan
                                                 JKN Selangor yang terkesan banjir.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19