Page 9 - e-Buletin KKM Disember 2021
P. 9
MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI DISEMBER 2021 06
AL-QURAN TERAPI DAN IKTIAR
KEPADA KESIHATAN MENTAL
ada 9 Disember 2021, YB Timbalan
Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr. Noor
Azmi Ghazali telah dijemput sebagai ahli
Ppanel Wacana Secebis Bahagia Masalah
Mental Dan Al-Quran: Apa Kaitannya?, anjuran
Azdan Quranic Center di Dewan Kuliah Fakulti 1.1
(Fakulti Ekonomi Muamalat), di USIM, Selangor.
Menurut beliau, selain mendapatkan rawatan
doktor pakar di hospital, ramai pesakit mental yang
berusaha mendapatkan rawatan di pusat rawatan
Islam terutama masalah kemurungan, lemah
semangat, fobia, was-was, nyanyuk, pelupa,
keresahan ataupun schizophrenia. Rawatan Islam
mempunyai kaitan yang amat rapat dengan unsur
keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap
kitab Al-Quran yang dinyatakan dengan jelas
keistimewaannya sebagai penyembuh penyakit
manusia, fizikal dan rohani. Ini membuktikan
rawatan Islam berkesan sebagai pelengkap
rawatan moden di hospital, sebagai ikhtiar untuk
mendapatkan kesembuhan masalah mental.