Page 16 - e-Buletin KKM Disember 2021
P. 16
13 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI DISEMBER 2021
YBHG. DATO’ SRI KSU TURUN
PADANG KE HOSPITAL SELAYANG
ada 18 Disember 2021, YBhg. Dato’ Sri
Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Setiausaha,
KKM telah turun padang meninjau fasiliti dan
Pperkhidmatan kesihatan di Hospital Selayang.
Turut bersama beliau adalah YBhg. Dato’ Indera Dr.
Sha’ari, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan Dr.
Rafidah Ali, Pengarah Hospital Selayang serta wakil
daripada pihak Radicare (M) Sdn. Bhd. YBhg. Dato’ Sri
melawat dan meneliti isu-isu berkaitan penyenggaraan
dan pengurusan di aras 3 dan 4 serta melawat
ke Fever Centre dan Field Hybrid ICU (FHyICU)
yang telah disiapkan pada tahun ini sebagai inisiatif
menangani pandemik COVID-19. Beliau menekankan
kepentingan menjaga kemudahan yang disediakan
dengan sebaiknya adalah penting bagi memastikan
aset dapat dimanfaatkan secara maksimum. Selain
itu, persekitaran yang kondusif dapat diwujudkan agar
penyampaian perkhidmatan kesihatan terbaik dapat
disampaikan kepada rakyat.