Page 6 - Jun 2019
P. 6

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha


        Kementerian Kesihatan Malaysia ke Hospital Serdang,

        Selangor





                 ada 5 Jun 2019 yang lalu, YBhg. Dato’ Seri
                 Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha
                 Kementerian Kesihatan Malaysia telah
       Pmengadakan lawatan kerja ke Hospital
        Serdang sempena hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
        Turut hadir ialah YBhg. Datin Seri Tan Lee Lee,
        Pengerusi Puspanita Kementerian Kesihatan
        Malaysia dan Dr. Rohana binti Johan, Pengarah
        Hospital Serdang. Lawatan YBhg. Dato’ Seri KSU
        tersebut bertujuan  untuk  meninjau perkhidmatan
        kesihatan di hospital tersebut dan beramah
        mesra  bersama  pesakit  serta  meraikan    warga
        kerja  yang  bertugas  semasa  musim  perayaan.
        Beliau juga menyatakan setinggi penghargaan
        kepada warga kerja hospital yang komited dalam
        menggalas  tugas  dan  tanggungjawab  yang
        diamanahkan terutamanya di musim perayaan
        demi menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang
        terbaik kepada rakyat. Dalam lawatan tersebut
        juga, beliau telah menyampaikan sumbangan hari
        raya kepada warga kerja yang bertugas.























         03  E-BULETIN KKM EDISi JUN 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11