Page 4 - Jun 2019
P. 4
SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH
SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan Malaysia telah
menyempurnakan Sambutan Hari
YPenderma Darah Sedunia Peringkat
Kebangsaan 2019 di Pusat Darah Negara pada
22 Jun 2019. Turut hadir sama YBhg. Dato’
Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBhg.
Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Timbalan Ketua
Setiausaha (Pengurusan) KKM dan YBrs Dr.
Noryati binti Abu Amin Pengarah Pusat Darah
Negara. KKM komited dalam memastikan
proses pendermaan, pemprosesan darah dan
penggunaan darah di hospital adalah selamat.
Bagi tujuan itu, Pusat Darah Negara (PDN)
telah membangunkan sistem ICT yang dikenali
sebagai Blood Bank Information System
Version 2 (BBISV2) bagi menggantikan sistem
yang sedia ada di PDN dan seterusnya akan
diperluaskan ke 21 tabung darah di seluruh
negara.
01 E-BULETIN KKM EDISi JUN 2019