Page 14 - Jun 2019
P. 14
Lawatan Kerja Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia Ke Klinik Kesihatan
Kinarut, Papar, Sabah
Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen
Chaw Min, Ketua Setiausaha,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ytelah mengadakan lawatan kerja
ke Klinik Kesihatan Kinarut, Papar, Sabah
pada 13 Jun 2019. YBhg. Dato’ Seri KSU
telah meninjau keadaan fasiliti kesihatan
termasuk beramah mesra bersama
pesakit dan warga kerja klinik. Klinik
kesihatan tersebut merangkumi beberapa
blok termasuk blok kayu lama. Hasil
perbincangan semasa lawatan KSU adalah
mengenai rancangan pembinaan sebuah
blok baharu bagi memberikan keselesaan
dan kemudahan kepada para pesakit yang
mendapatkan perkhidmatan kesihatan
serta para petugas klinik. Kementerian
Kesihatan Malaysia sentiasa perihatin
dalam memastikan kebajikan dan keperluan
setiap warga kerja dan juga klinik kesihatan
sentiasa terjamin.
11 E-BULETIN KKM EDISi JUN 2019