Page 13 - Jun 2019
P. 13

Regional Workshop On

                                               Antimicrobial Resistance In Asia





                                                                         B Dr. Lee  Boon Chye,  Timbalan
                                                                         Menteri Kesihatan telah merasmikan
                                                                         pembukaan  ‘Regional  Workshop On
                                                               YAntimicrobial Resistance In  Asia’  di
                                                                Hotel Mercure Penang Beach pada 24 Jun
                                                                yang lalu. Setiap tahun kira-kira 700,000
                                                                penduduk di seluruh dunia mati akibat jangkitan
                                                                termasuk  Tibi, HIV  dan  lain-lain.  Angka ini
                                                                dijangka  meningkat  kepada  10 juta kematian
                                                                setiap tahun di seluruh  dunia  sehingga  2050
                                                                jika tiada tindakan  pencegahan.  Program ini
                                                                bertujuan  meningkatkan  kesedaran  bahawa
                                                                penggunaan  antibiotik secara berleluasa
                                                                dan tidak rasional  boleh  menyebabkan
                                                                munculnya  mikroorganisme  yang kebal.
                                                                Keadaan ini dikenali  dalam dunia perubatan
                                                                sebagai Rintangan  Antimikrobial (AMR) atau
                                                                dengan  bahasa lebih mudah ‘kerintangan
                                                                terhadap  ubat untuk melawan  penyakit
                                                                yang dibawa  mikroorganisme’.  Ujar  YB Dr.
                                                                Lee juga,  AMR merujuk kepada kekebalan
                                                                sesuatu  mikroorganisme  terhadap sesuatu
                                                                agen  antimikrob  yang sebelumnya  begitu
                                                                sensitif terhadap antimikrob berkenaan. Untuk
                                                                itu,  orang awam perlu dididik supaya tidak
                                                                menyalahgunakan  ubat antibiotik  pada masa
                                                                hadapan.




































                                                                                          E-BULETIN KKM EDISi jun 2019  10
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18