Page 8 - Januari 2019
P. 8
Walkabout Penguatkuasaan Zon Larangan Merokok
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan telah turun padang
bagi mempromosi sendiri pewartaan hari
Ypertama Larangan Tempat Merokok di
beberapa lokasi kedai-kedai makan sekitar Bandar
Tasik Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. Program
walkabout ini turut disertai oleh Timbalan Ketua
Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBhg.
Datuk Dr. Chong Chee Keong serta pegawai-pegawai
KKM yang bertujuan bagi memberi kesedaran
kepada orang ramai sekali gus menjayakan hasrat
kerajaan ke arah amalan budaya hidup yang
lebih sihat. Selain kedai makan, penguatkuasaan
larangan merokok akan diperluaskan ke premis
perniagaan seperti kedai dobi kerana premis-premis
seperti ini turut melibatkan perokok pasif yang turut
mendedahkan risiko kepada rakyat terutamanya
golongan kanak-kanak. YB Datuk Seri juga turut
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik
restoran serta rakan-rakan media yang hadir kerana
memberikan publisiti yang cukup menggalakkan
pada hari pertama tahun 2019. Di akhir lawatan
berkenaan, YB Datuk Seri Dr. juga turut menyeru
semua pihak agar dapat memainkan peranan
sebagai “agen penggerak” dalam memastikan
objektif pewartaan ini dapat dijayakan sebaiknya.
05 E-BULETIN KKM EDISi januari 2019