Page 11 - Januari 2019
P. 11

community  service responsibility forum



                 ada  19 Januari  2019, YBhg. Datuk  Dr.
                 Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah
                 Kesihatan  (KPK) telah menyampaikan
       Pucaptama bagi pihak Menteri Kesihatan,
        YB  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad  di  forum
        awam CSR mengenai Quackery In Dentistry: The
        Reality Of Fake Dentistry In Our Society. Acara
        ini diadakan bersempena Pameran Konvensyen
        dan  Pameran  Saintifik  Persatuan  Pergigian
        Malaysia ke-26. Isu pergigian  yang menyalahi
        undang-undang       selalu    menjadi    perhatian
        besar. Menurut YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham,
        terdapat juga peningkatan  dalam bilangan  kes
        “pendakap palsu” di mana terdapat banyak iklan
        di media sosial. Selama 4 tahun yang lalu, KKM
        telah mengadakan  48 serbuan ke atas aktiviti
        pergigian yang menyalahi undang-undang. Ujar
        beliau lagi, KKM harus memastikan kesedaran
        awam  tentang  profesion  pergigian,  selain
        berusaha untuk menurunkan kos perkhidmatan
        melalui  perkongsian  awam-swasta di samping
        mengekalkan kualiti dan keselamatan pesakit.





























                                                                                          E-BULETIN KKM EDISi januari 2019   08
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16