Page 5 - Januari 2019
P. 5
PROGRAM NINE11 :
LARANGAN MEROKOK DI RESTORAN DAN
PREMIS PERNIAGAAN
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia telah
menghadiri program NINE11, Bernama
YTV membicarakan Larangan Merokok
di Restoran dan Premis Perniagaan pada 2
Januari 2019. Antara intipati yang disampaikan
ialah larangan tersebut dikuatkuasakan bagi
melindungi orang awam terutama golongan bukan
perokok daripada terdedah kepada bahaya asap
rokok. Aktiviti penguatkuasaan larangan merokok
akan dijalankan oleh pegawai daripada KKM.
Tempoh enam bulan bermula 1 Januari 2019
sehingga Jun 2019 lebih kepada penguatkuasaan
secara pendidikan yang sedang giat dijalankan.
Sebaik sahaja selesai tempoh tersebut, aktiviti
penguatkuasaan akan dijalankan secara berkala
oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan
Kesihatan Negeri dengan kerjasama Pihak
Berkuasa Tempatan bagi memastikan pematuhan
kepada peraturan ini.
E-BULETIN KKM EDISi januari 2019 02