Page 16 - Januari 2019
P. 16

program mencapai harapan




                        membanteras kanser serviks






                  B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia menyampaikan ucapan
                  sempena  Program  Mencapai  Harapan  Membanteras Kanser  Serviks  di  Malaysia  dan
                  Majlis Menandatangani  Memorandum Persefahamanan antara Universiti Malaya dan
        YVictorian Cytology Service (VCS) Foundation, Australia pada 14 Januari 2019 di Majestic
        Hotel,  Kuala  Lumpur. Dalam  ucapannya,  beliau menyatakan,  kajian  mendapati  kanser  serviks
        adalah kanser ke-2 yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berumur antara 15-44 tahun
        di Malaysia. Kos rawatannya juga tinggi dan membebankan ekonomi keluarga. Sejajar dengan itu
        ujar beliau, kerajaan akan berusaha untuk menyaring 70% wanita yang layak antara 35 hingga 45
        tahun dengan ujian HPV dan menawarkan kaedah rawatan yang sesuai.

























        Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah melancarkan Pelan Tindakan Kanser Kebangsaan
        2016-2020 yang menekankan komitmen kementerian terhadap pencegahan dan kawalan kanser
        termasuk menjalankan lebih banyak kempen kesedaran, pencegahan, pengesanan awal, rawatan
        segera, pemulihan dan penjagaan paliatif. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’
        Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri YB Puan
        Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Dalam ucapan
        perasmian juga, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah juga turut mengucapkan sekalung tahniah kepada
        Universiti Malaya dan Victoria Cytology Services Foundation, Australia serta semua pihak yang
        terlibat atas kejayaan merintis projek ini.



         13  E-BULETIN KKM EDISi januari 2019
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21