Tajuk | Kenyataan Akhbar Kesepuluh Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan |
---|---|
Penerangan |
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN AKHBAR KESEPULUH (KHAS)
STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM MAKANAN IMPORT DARI TAIWAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan produk mee segera keluaran China iaitu jenama Shin Ramyun yang disyaki dicemari oleh DEHP.
KKM telah menjalankan analisis ke atas produk tersebut dan didapati kesemua produk tidak tercemar dengan DEHP.
Justeru itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan produk mee segera tersebut memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.
Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.
DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 JUN 2011 |
Ditambah pada | 13-06-2011 04:00:00 |