Tajuk Kenyataan Akhbar Kesepuluh Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

image

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KESEPULUH (KHAS)

 

STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM MAKANAN IMPORT DARI TAIWAN  

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan produk mee segera keluaran China iaitu jenama Shin Ramyun yang disyaki dicemari oleh DEHP.

 

KKM telah menjalankan analisis ke atas produk tersebut dan didapati kesemua produk tidak tercemar dengan DEHP.

 

Justeru itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan produk mee segera tersebut memandangkan  kawalan  telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

 

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.

 

 

DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

14 JUN 2011

Ditambah pada 13-06-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran