Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

DataTerbuka

Search Function
privacy policy
feedback form
pdpa
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Publication
Pekeliling
OpenData
Hubungi Kami
 
 

bm en


     

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 
 

VISI:
Ke arah pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan produktif

MISI:
Memastikan Kementerian Kesihatan mempunyai struktur organisasi yang sesuai, efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan dan berkemahiran.

OBJEKTIF:

Cawangan Dasar, Saraan & Perjawatan

  • Merancang dan menganalisa penggubalan dan penilaian dasar-dasar Sumber Manusia di KKM
  • Merancang mengkaji dan menyelaras serta memantau isu-isu yang berkaitan dengan Pengurusan Sumber Manusia dalam rancangan Malaysia
  • Pengurusan Permohonan Pewujudan Jawatan Tambahan/Baru Tahunan di bawah Anggaran Belanja Mengurus (ABM) di KKM
  • Pengurusan Permohonan Penstrukturan Semula/Pengukuhan Struktur Organisasi Pengurusan Permohonan Pindah Butiran Jawatan di KKM
  • Merancang, mengkaji dan melaksanakan kajian elaun-elaun dan kajian skim-skim perkhidmatan di KKM
  • Mengkaji dan menyelaras isu-isu yang dibangkitkan oleh kesatuan dan persatuan di KKM
  • Mengurus pelaksanaan sistem maklumat Sumber Manusia di KKM
  • Mengumpul dan mengemaskini maklumat data-data perjawatan di KKM
     

 

Cawangan Pengurusan Perkhidmatan (Perkhidmatan Pengurusan & Sokongan)

  • Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Utama dan Khas) 
    mengenai hal berkaitan pewartaan, pengesahan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, persaraan, rayuan pertukaran, penempatan di KKM
  • Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua  pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional mengenai 
    hal berkaitan pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, pertukaran, penempatan, pelepasan 
    dengan izin, penyelarasan gaji, pinjaman di KKM
  • Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua  pegawai-pegawai Kumpulan Paramedik dan Auksiliari mengenai 
    hal berkaitan pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, pertukaran, penempatan, pelepasan 
    dengan izin, penyelarasan gaji, pinjaman di KKM
  • Mengurus, melaksana, menilai, memantau dan merancang hal-hal perkhidmatan semua  pegawai-pegawai Kumpulan Gunasama dan Sokongan mengenai hal
    berkaitan pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, lanjutan tempoh percubaan, penamatan, pertukaran, penempatan, pelepasan dengan izin, 
    penyelarasan gaji, pinjaman di KKM.
  • Mengkaji dan menguruskan keperluan perkhidmatan pegawai kontrak bagi semua jawatan di KKM
  • Mengkaji menganalisa dan mengenal pasti serta menyediakan ulasan, laporan, kajian, maklumbalas dan penilaian isu-isu permasalahan dan hal-hal perkhidmatan 
    pegawai-pegawai di KKM
     

Cawangan Naik Pangkat dan Prestasi

  • Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai 
    Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Utama dan Khas) di KKM
  • Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai 
    Kumpulan Pengurusan dan Profesional di IPKKM dan Institusi
  • Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai 
    Kumpulan Paramedik dan Auksiliari di IPKKM dan Institusi
  • Mengurus, melaksana dan bertanggungjawab mengenai semua urusan berkaitan kenaikan pangkat, pemangkuan dan tanggung kerja pegawai-pegawai 
    Kumpulan Gunasama dan Sokongan di IPKKM dan Institusi
  • Melaksana urusan rayuan yang diterima daripada pegawai pegawai-pegawai yang terlibat dengan pemangkuan dan kenaikan pangkat diserah kepada LRKPPA
  • Menyelaras pengurusan dasar Prestasi Sumber Manusia di KKM

 

Kit Pengurusan 


PIAGAM PELANGGAN:




  Setiausaha Bahagian 
  Bahagian Sumber Manusia
  Kementerian Kesihatan Malaysia 
  Aras 9 & 10, Blok E7, Kompleks E 
  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
  62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  Malaysia 
  Tel : 03-88832786 
  Faks: 03-88888834 
  URL : http://humanres.moh.gov.my

 

 


  •  
  • Print
  • Email this page