Page 8 - e-Buletin KKM November 2021
P. 8
05 MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI NOVEMBER 2021
KERAJAAN JEPUN SUMBANG RM6 JUTA:
TINGKAT KAPASITI PENYIMPANAN VAKSIN COVID-19
B Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan
telah menerima sumbangan peralatan
rangkaian sejuk bernilai lebih RM6 juta bagi
Ymeningkatkan kapasiti penyimpanan vaksin
COVID-19 sepanjang Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan (PICK) yang diserahkan oleh Duta Jepun ke
Malaysia, Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi dan Senior
Representative JICA Malaysia, Mr. Fukazawa Shinsaku,
dalam satu Majlis Penyerahan Rasmi yang diadakan
pada 15 November 2021 di Putrajaya. Kementerian
Kesihatan merakamkan setinggi penghargaan dan
terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh
Kerajaan Jepun dan mengalu-alukan kerjasama ini di
masa hadapan.