Page 7 - e-Buletin KKM November 2021
P. 7
MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA EDISI NOVEMBER 2021 04
Pelancaran Rangka
Tindakan Industri
Pelancongan Kesihatan
Malaysia
B Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan
Malaysia telah hadir bagi melancarkan
Rangka Tindakan Industri Pelancongan
YKesihatan Malaysia yang diterajui oleh
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC),
di Le Méridien, Kuala Lumpur pada 11 November
2021. Rangka Tindakan yang dilakukan ini
adalah untuk membimbing pihak berkepentingan
industri dalam menyediakan pengalaman
perjalanan penjagaan kesihatan Malaysia yang
terbaik menjelang 2025 dan bertujuan untuk
meningkatkan ekosistem pelancongan kesihatan
semasa, mengukuhkan jenama Malaysia
Healthcare dan mengembangkan tawaran
penjagaan kesihatan Malaysia ke lebih banyak
pasaran yang disasarkan.