Page 19 - E buletin Oktober 2019
P. 19

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan

        ke Hospital Labuan






















                  B Dr. Lee Boon Chye,  Timbalan
                  Menteri Kesihatan Malaysia telah
                  mengadakan lawatan kerja ke Jabatan
        YKesihatan               Wilayah      Persekutuan
        Labuan (JKWPL) dan Hospital Labuan pada
        25 Oktober 2019. Dengan visi ‘Labuan Healthy
        Island, Championing Malaysia’s Best Healthcare
        Services’ dan beberapa inisiatif penting lain,
        JKWPL telah mencapai beberapa kejayaan
        seperti  pengurangkan  kes  demam  denggi
        daripada 93 kes kepada 33 kes iaitu penurunan
        sebanyak  64.5%.  Kesungguhan  ini  diteruskan
        dengan usaha keras pelbagai pihak untuk
        menaiktaraf status Hospital Labuan daripada
        Hospital Pakar Minor ke Hospital Pakar Major
        dengan pertambahan beberapa kepakaran
        lain yang dianggarkan beroperasi sepenuhnya
        dalam masa beberapa tahun lagi.  YBTMK
        juga  berkesempatan  untuk  melawat  Kampung
        Berbuloh Laut untuk menyantuni penduduk.
        Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Ismuni bin
        Bohari,  Pengarah  Jabatan  Kesihatan  Wilayah
        Persekutuan Labuan dan YBrs. Dr. Adnan Musa
        Balidran, Pengarah Hospital Labuan.


                                                                                     E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019  16
   14   15   16   17   18   19   20   21   22