Page 18 - E buletin Oktober 2019
P. 18

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN PERANTI PERUBATAN MALAYSIA KE-2 (MYMEDEX)
                   DAN PERSIDANGAN PERANTI PERUBATAN ANTARABANGSA (IMDC)






                 ertemakan  “Advanced Medical Device
                 Innovation for Improved Healthcare”,
                 Pameran  Peranti  Perubatan Malaysia
       Bke-2 (MYMEDEX) dan Persidangan
        Peranti    Perubatan     Antarabangsa       (IMDC)
        telah  dirasmikan  oleh  YAB  Tun  Dr.  Mahathir
        Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Pusat
        Perdagangan dan Pameran  Antarabangsa
        Malaysia  di  Kuala  Lumpur  pada  15  Oktober
        2019. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB Datuk
        Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan
        Malaysia,  YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw
        Min, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
        Malaysia dan  YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham
        Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Pameran
        MYMEDEX dan IMDC ini telah dianjurkan
        bersama  Pihak  Berkuasa  Peranti  Perubatan,
        KKM       dan     Perbadanan        Pembangunan
        Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
        yang disokong oleh Lembaga Pembangunan
        Pelaburan Malaysia (MIDA). Pameran dan
        persidangan kali ini telah menarik penyertaan
        seramai 150 syarikat dari 20 buah negara yang
        telah mengambil bahagian antaranya  Taiwan,
        pakistan, Korea Selatan, Findland dan New
        Zealand. Penganjuran program ini adalah
        merupakan inisiatif dalam usaha menjadikan
        Malaysia sebagai sebuah hub peranti perubatan
        di rantau Asia Tenggara.






          15 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2019
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22