Page 17 - Mei 2019
P. 17
lawatan kerja yb timbalan menteri kesihatan
ke klinik kesihatan ampang
ada 30 Mei 2019 yang lalu, YB
Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia telah
Pmengambil kesempatan untuk
mencuba perkhidmatan Bas Selangorku
yang bermula dari stesen Sri Nilam ke Klinik
Kesihatan (KK) Ampang untuk menyelami
sendiri pengalaman dari sudut pesakit
yang ingin mendapat rawatan di klinik
kerajaan. Lawatan beliau diteruskan ke
Klinik Kesihatan Ampang yang menyediakan
rawatan kepada lebih 1500 pesakit setiap
hari. Pada sesi petang, beliau menggunakan
perkhidmatan bas Selangorku bermula dari
Hentian Kajang ke Hospital Kajang untuk
mendapatkan gambaran keseluruhan pesakit
yang menggunakan perkhidmatan bas
awam untuk mendapat rawatan di Hospital
Kajang. Secara keseluruhan, perkhidmatan
bas menyediakan aksessibiliti untuk orang
kurang upaya seperti ram dan kawasan
khas untuk penggunaan kerusi roda. Beliau
turut melawat tapak pembinaan Kompleks
Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kajang
yang terletak kira-kira 800 meter daripada
Hospital Kajang. Hospital baru ini dijangka
akan dapat mengurangkan kesesakan di
Hospital Kajang yang telah berusia lebih 130
tahun.
E-BULETIN KKM EDISi mei 2019 14