Page 12 - Mei 2019
P. 12
2 Asean Thalassaemia Forum 2019
nd
enteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri
Dr. Dzulkefly Ahmad telah merasmikan
2 ASEAN Thalassaemia Forum 2019
nd
Msempena Hari Talasemia Sedunia
2019 di Auditorium Perdana, Hospital Wanita dan
Kanak-Kanak Kuala Lumpur, pada 4 Mei 2019.
Forum anjuran bersama Unit Paediatrik Hemato-
Onkologi Wanita dan Kanak-kanak Hospital
Kuala Lumpur dan Bahagian Pembangunan
Kesihatan Keluarga KKM ini telah mendapat
kerjasama daripada Persatuan Paediatrik
Hematologi dan Onkologi Malaysia (MASPHO).
Jumlah pesakit Talasemia pada tahun 2004 di
Malaysia dianggarkan seramai 2,500 pesakit,
berdasarkan Malaysian Thalassaemia Registry
dan jumlah pesakit mengalami peningkatan
kepada 8,042 orang sehingga Disember 2018.
Manakala, Pertambahan pesakit Talasemia
bukan sahaja di Malaysia, malah juga di negara-
negara di rantau Asean. Daripada jumlah tersebut,
dianggarkan seramai 5,448 pesakit berada di
tahap teruk memerlukan pemindahan darah
secara berkala yang dikenali sebagai Transfusion
Dependent Thalassaemia (TDT). Justeru, 2
nd
Asean Thalassaemia Forum yang diadakan di
Kuala Lumpur yang menjadi penghubung dalam
kalangan pakar klinikal yang terlibat merawat
pesakit Talasemia dengan memfokus kepada
mempelajari strategi terkini pencegahan, rawatan
dan penyembuhan Talasemia.
09 E-BULETIN KKM EDISi mei 2019